Friday 10 February 2012

terkenang zaman kegemilangan

Assalamualaikum

Saya memang sudah habis sekolah .Oh yaa sudah habis sekolah but here i want to post about this 'terkenang zaman kegemilangan' *ekelehh apa kejadah ni terkenang2 zaman apa ni semua .Oh come on,cerita dah lama lah kot* Honestly,kenangan ini lah yang boleh saya tersenyum sipu time kita termenung jauh.Ini juga telah membuatkan saya teringat masa zaman sekolah . Apa pon memang sedih . Sungguh ! Tapi entry ini bukan nya cerita pasal sedih sedih , nak cengeng2 ke apa . Itu semua tak betul oke TAK BETUL .Ini cerita hanya pengalaman saya dan kenangan manis buat saya.

So,here we go now .
Bismillahirahmanirahim.

*Act,banyak lagi tapi dah hilang and ada sebenarnya cuma malas nak amek .Just ini saja yang kita rajin nak amek*

Saya bukan nak menunjuk tapi ini lah yang saya ada masa zaman sekolah .
Sukan.
Yea,sukan yang saya paling gemari.Ramai yang tertanya-tanya sukan apa yang kita selalu masuk ?Ehem2 *cough* Di sekolah,saya memang banyak masuk acara.Diantaranya ialah bola baling,kawad. But,the most important is,olahraga yang paling favorite pada wa . haha betul :) Oke,gambar kt atas itu majoritinya semua nya hadiah olahraga yang saya menang . K,let me story one by one

First,medal
Act,medal itu semua nya ada tahun berikutnya. Kat situ ada tahun 2009,2010,dan 2011 . 2009 saya hanya dapat 2 Emas dan 1 perak iaitu Emas,lompat jauh dan 4x400m,Perak 1500m . Huh ?mesti korang terkejut kan *1500m pehh nak mati woo lari beribu-ribu meter . *haha oke next,

Tahun 2010,kita masuk lagi acara sukan olahraga juga . Tahun 2010 ini saya semakin aktif dalam bidang sukan sebab ramai cikgu telah melihat kebolehan saya dalam sukan . Cewah saya karang macam nak masuk majalah sukan sekolah je kan . K dah diam ~ Tetapi,tahun ni saya drop .Susah nak rangkul emas dalam individu . Hanya yang saya dapat 2Gangsa dan 1Emas.Gangsa,1500m dan 4x100m . Emas,4x400m . Oke saya pon tak tahu lah kenapa saya boleh drop 1500m .Next~

2011 ini lah tahun yang paling amat bermakna bagiku ,even tahun ini adalah tahun perang saya menghadapi spm tetapi tidak semestinya sukan boleh abaikan pelajaran . Tahun ni saya dapat rangkul semua Emas dalam individu dan saya dapat 3Emas dan 1 Perak . Woo,tahun ini saya sudah buat sedaya upaya .Emas,lompat jauh,800m dan 1500m . Perak,4x400m . Saya tak sangka kerana jarak lompat jauh saya adalah rekod terbaik tahun ini dan saya rasa agak terkejut dan bangga sekejap . HAHA . *jarak 3.24 berbanding yang lain 3.01*kaki panjang boleh la ~

#Ada lagi cerita sebenarnya , ada tertinggal dua medal yang saya belum bagitahu iaitu medal larian puteri merentas desa dan larian 1Malaysia . Dan ramai yang tahu saya mendapat Johan dalam kedua2 acara tersebut dan saya telah terpilih untuk menghantar wakil olahraga ke peringkat daerah dan juga negeri jika ,peringkat daerah saya menang .Saya dihantar oleh cikgu ke sekolah kota puteri masa olahraga pasir gudang dan saya memasuki acara 800m,1500m dan kali pertama saya memasuki 3000m lari secara serentak . Itu memang nak mati .3000m,40 orang peserta yang masuk dan semua kena lari serentak .Saya hanya mendapat number 19/40 . Sedih kan ?tak terer mana sebab saya dikalangan orang wakil Johor .1500m saya dapat masuk final tetapi time saya tidak mengikut time yang dia nak.So,tak dapat T.T . But,800m, pusingan pertama saya dapat number 1 dan saya dapat masuk final . Final,8orang .4orang dari wakil Johor dan yang lain wakil sekolah termasuk saya . Saya pada awalnya saya memang dapat number 3 tetapi pada masa itu kaki saya kena pijak dengan kasut spike dan saya cedera sebab saya tak pakai kasut yang berpaku itu . Akhirnya saya mendapat number ke-5 .Itu je lah yang saya dapat tetapi cikgu bangga kerana number 1hingga 4 dari wakil Johor dan saya orang ke 5 seorang sahaja wakil sekolah . Pecah rekod . hiihi hebat tak ?haha Please jealous.

Haha k stop ~ Next,korang nampak ada piala dua uh ?K,yang kecik itu adalah acara bola baling dapat tempat pertama dan piala yang tinggi pulak ialah saya dapat anugerah peserta terbaik perempuan 18 pada tahun 2011 . Itu adalah satu anugerah yang saya baru dapat kt sekolah itu dan saya telah mendapat nama disekolah . hihi

Eh?kejap . ada lagi . belum habis . Kejap ea ~

Haa itu dia . sijil pulak *mampus tak layan* but dont worry , saya cuba untuk memendekkan cerita oke ?

Act,sijil tak banyak.Just ada 32 sijil je tapi ada yang belum dapat.Sijil ini ada start dari sekolah rendah hingga lah sekolah menengah ni . Macam2 jenis sijil yang saya dapat , ada bola baling,hoki, perkhemahan,aktiviti luar sekolah dan dalam sekolah pon ada,jawatan pengawas,kelab,permainan apa semua dan paling banyak sijil kawad kaki . Kawad Polis,saya paling aktif sampai ke peringkat negeri dan saya telah dapat memegang jawatan sebagai koperal pada tahun 2011.

Perkhemahan yang paling jauh saya pergi ialah endau rompin,pahang dan itu perkhemahan polis pertama yang saya pergi .Itu best :) ada dua sijil dihadapan dengan sijil2 yang lain iaitu sijil yang paling saya suka . Yang pertama sijil Rakan Muda . Tengok lah kt sijil itu ada gambar siapa lah kan ?hihi pikir lah sendiri dan yang kedua pulak sijil polis . sijil itu lah yang paling berharga kerana sijil itu ada lambang lencana polis . Polis betul oke . haha dan saya dipilih menyertai latihan menembak .

#Sukan itu adalah aktiviti yang paling seronok pada saya dan juga rakan2 di luar sana tapi saya musykil kenapa ramai sangat yang tak suka bersukan ?Sukan itu bagus dan ia juga boleh menaikkan nama negara kita . Cuba tengok atlet sukan Malaysia kita yang paling saya bangga ialah Datuk Nicol David .Skuasy perempuan paling terhebat dan saya kagum dengan dia kerana dia ,nama negara kita telah setanding dengan negara2 luar yang lain.


p/s:Saya tahu,ramai orang kata gemok tak boleh bersukan .Siapa kata ?mustahil gemok tidak boleh berlari.If,gemok memang ditakdirkan tak boleh berlari banyak lagi sukan yang lebih sesuai dengan mereka seperti lontar peluru,seni bina badan dan lain2 . Jangan menjadikan satu alasan yang tidak munasabah tak nak sukan .Alasan yang paling kukuh pada anda ialah malas ~ .If ada sakit itu kita tidak boleh nak dikata apa lah kan.Cuma yang paling penting jagalah kesihatan badan itu penting pada kita semua . So,akhir kata pada saya, 'Majulah sukan untuk negara' PEACE YOO *drop your comment oke. 
Wasalam ~
'Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang ,siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi .'












No comments:

Post a Comment